Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Murid TASKA dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Bagi meningkatkan keyakinan murid-murid berada di khalayak ramai dan memberi penghargaan kepada mereka, Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah, sijil akademik dan persembahan konsert.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Damai, Aman Hills itu telah melibatkan penyertaan seramai 254 orang murid Taman Asuhan (TA) 1 dan TA 2 untuk sesi pagi dan petang.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada sebelah pagi dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil akademik kepada murid TA 1 ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Sekolah YSHHB, Awang Mohd Fliti bin Abdel Majed.

    Sementara itu, hadir selaku tetamu kehormat pada sebelah petang bagi murid-murid TA 2 ialah Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Korporat) Yayasan, Awang Abdullah @ Dollah bin Ahad.

    Persembahan konsert sebelah pagi untuk murid TA 1 bertemakan ’Gaya Hidup Sihat’ sementara itu, konsert murid TA 2 pula mengetengahkan tema ‘Saya Suka Membaca’.

    Terdahulu itu, Pengetua TASKA YSHHB, Datin Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab dalam ucapannya antara lain menjelaskan, majlis itu bukan saja bermakna untuk murid-murid TASKA yang diraikan malah untuk ibu bapa, penjaga dan tenaga pengajar di TASKA atas usaha gigih dalam menghasilkan murid yang berjaya melalui alam persekolahan mereka.

    “Dengan sifat kanak-kanak suka bermain dan menganggap bermain adalah pekerjaan mereka, pihak pentadbiran TASKA telah menggunakan pendekatan atau pembelajaran berasaskan bermain atau play-based learning.

    “Pendekatan seumpama ini akan tetap diteruskan memandangkan pihak TASKA percaya ia akan memberikan hasil yang berkesan kepada pembelajaran kanak-kanak,” jelasnya.

    Menurut beliau lagi, majlis berkenaan diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.

    Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis sebelah pagi.
    Murid-murid melakukan persembahan semasa majlis berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...