Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Napoli tundukkan Liverpool

    NAPLES, ITALY, 8 SEPT – Napoli kembali ke Liga Juara-Juara dengan bergaya menerusi kemenangan menakjubkan 4-1 ke atas Liverpool pada Rabu yang meneruskan permulaan bermasalah The Reds pada musim ini.

    Liverpool dihanyutkan oleh prestasi separuh masa pertama di Stadio Maradona dari Napoli, yang sepatutnya mendahului tiga gol pada waktu rehat.

    Piotr Zielinski mendapat bola dari sepakan penalti pada minit kelima dan dua lagi rembatan cantik dari Andre-Frank Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone pada penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara membuatkan pasukan Jurgen Klopp merenung kepada kekalahan yang memalukan.

    Pemain tengah Poland, Zielinski kemudian menambah gol keempat hampir sejurus selepas permulaan perlawanan semula untuk memastikan Napoli melancarkan permulaan impian dalam Kumpulan A.

    Pasukan Luciano Spalletti, yang kembali ke saingan teratas Eropah selepas ketiadaan dua musim, berada di kedudukan kedua tetapi setaraf dengan Ajax yang melakukan kerja pemusnahan sendiri menentang Rangers.

    Jurulatih itu berusaha tidak memperbesar persembahan hebat pasukannya, menegaskan bahawa pasukannya tidak memberi pengajaran kepada sesiapa dan ia hanyalah ‘persembahan yang baik.

    “Apabila awda bermain pasukan seperti ini, ia hanya memerlukan satu perkara remeh untuk menentang awda dan keseluruhan corak permainan tiba-tiba boleh berubah,” katanya kepada Amazon Prime.

    Napoli berkembang dari permulaan kukuh untuk musim domestik mereka yang menempatkan mereka di tempat kedua selepas lima perlawanan dalam Serie A dan akan didorong oleh persembahan mantap daripada pendatang baharu, khususnya pemain sayap mereka Khvicha Kvaratskhelia.

    Sementara itu, Liverpool diketepikan oleh pasukan dari Scotland dan kini mengalihkan perhatian mereka untuk cuba memperbaiki kedudukan di tempat ketujuh Liga Perdana. – AFP

    Piotr Zielinski (kiri) membuka jaringan dengan sepakan penalti semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA menentang Liverpool FC di Stadium Diego Armando Maradona di Naples pada 7 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...