Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Nasi dagang gamit memori raya Daiyan

    Memori menyambut Aidilfitri ketika usia kanak-kanak menjadi antara perkara yang akan selalu dikenang pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha. Apatah lagi, saban tahun lebaran diraikan di kampung halaman ibunya, di Kuantan, Pahang.

    Kini tradisi balik kampung itu kembali dirasai Daiyan, 29, apabila dia dan keluarga dapat beraya di sana selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

    “Alhamdulillah tahun ini dapat pulang beraya di Kuantan dan kembali berkumpul bersama saudara-mara di sana. Dua tahun tak dapat jumpa, semestinya banyak cerita menarik nak dikongsi, selain melepas rindu.

    “Terkenang memori raya zaman kanak-kanak di mana saya adalah orang paling gembira bila tiba raya.

    “Teruja main bunga api dan buat macam-macam aktiviti kerana sambutan raya di kampung ibu memang sangat meriah.

    “Sekarang bila usia dan meningkat dewasa, cara sambutannya dah lain sikit, tapi perasaan teruja tetap sama untuk sambut raya beramai-ramai,” ujarnya. Bercerita tentang juadah raya kegemarannya, bintang Projek: Anchor SPM itu berkata, nasi dagang adalah antara menu wajib yang akan disajikan keluarganya pada 1 Syawal.

    “Kalau beraya di Kuantan, memang nasi dagang menjadi pilihan utama.

    “Nenek saya memang pakar memasak juadah ini dan nasi dagang pa-ling sedap memang daripada hasil air tangannya.

    “Bagaimanapun nenek sekarang sudah tak larat nak masak lagi dan tugasan itu diambil alih ibu.

    “Saya juga akan membantu di dapur dan menyiapkan juadah untuk keluarga,” katanya. – Agensi

    Memori menyambut Aidilfitri ketika usia kanak-kanak antara perkara yang akan selalu dikenang pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...