Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Padah jual produk palsu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Mahkamah Perantaraan telah menetapkan 17 Disember bagi menjatuhkan hukuman terhadap sebuah syarikat, yang pengarahnya telah mengaku bersalah atas pertuduhan menjual produk toner dakwat pencetak HP palsu.

    Kelmarin, kedua-dua pihak berhujah mengenai hukuman yang sepatutnya diambil kira oleh mahkamah.

    Peguam Bela Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman membalas perkara memburukkan yang dikemukakan pihak pendakwaan bagi peranan minimum Tradetech Sdn Bhd dalam membekalkan kementerian dan jabatan kerajaan, serta pusat perubatan dengan toner pencetak HP palsu pada 2017 dan 2018.

    Peguam itu menegaskan bahawa organisasi-organisasi berkenaan mengetahui bahawa produk itu tidak tulen di pihak penerima.

    Mengenai isu denda yang setimpal dengan kesalahan, Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan, dengan mengarahkan syarikat defendan membayar kira-kira $75,000, atas nama melindungi hak harta intelek.

    Pihak pembelaan berhujah bahawa antara perkara lain yang tidak sama dengan faktor memburukkan, denda yang bersamaan dengan harga barang yang terlibat dalam pertuduhan itu sepatutnya mencukupi.

    “Sabit kesalahan adalah hukuman yang mencukupi kepada anak guam saya kerana terdapat kesan daripada laporan berita mengenai kes itu yang didedahkan kepada umum,” tambah peguam itu.

    Mengenai soal kelewatan, pihak pendakwaan mengulangi bahawa siasatan lanjut perlu dilakukan pada awal kes, manakala peguam bela mengekalkan pendiriannya bahawa kelewatan itu boleh dielakkan.

    Polis dimaklumkan oleh pengedar rasmi HP yang kemudiannya mendapati Tradetech Sdn Bhd memiliki 215 katrij toner di premis perniagaan di Taman Tasek, Jalan Berakas pada 28 Julai 2018.

    Siasatan lanjut dan dapatan pakar mengesahkan bahawa barangan itu bukan produk HP tulen, tetapi telah dibungkus semula menggunakan kotak dengan pengedap keselamatan, memalsukan keasliannya.

    Kes pertama kali muncul di mahkamah pada 2020, di mana syarikat itu dan Pengarah Urusannya, Abdul Majeed Abdul Wahab menafikan tujuh pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka di Mahkamah Perantaraan.

    Mereka didakwa menjual toner pencetak HP palsu di premis mereka di Taman Tasek, Jalan Berakas pada 28 Julai 2018.

    Sementara itu, Abdul Majeed dikatakan telah membekalkannya dan mengaut keuntungan kira-kira $90,000.

    Pada Oktober, syarikat itu membuat pengakuan salah terhadap satu pertuduhan dan semua pertuduhan lain, melibatkan sebarang dakwaan terhadap Abdul Majeed, telah ditarik balik, membawa kepada pembebasan.

    Hakim Harnita Zelda Skinner sedang mempertimbangkan hukuman yang setimpal selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...