Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pakar Analisis: Rusia hentikan operasi serangan sementara

    KYIV, UKRAINE, 7 JULAI – Pakar analisis asing berkata Rusia mungkin mengurangkan serangan mereka ke atas Ukraine ketika tentera Rusia berusaha untuk mengumpulkan tenteranya untuk serangan baharu.

    Kelmarin, tentera Rusia tidak menuntut ataupun menilai kejayaan taklukan wilayah di Ukraine buat kali pertama dalam 133 hari sejak peperangan tersebut berlaku, menurut Institusi Kaji Perang.

    Kumpulan pemikir yang berpangkalan di Washington itu mengatakan bahawa Moscow berkemungkinan menghentikan operasi yang tidak melibatkan penghentian serangan secara sepenuhnya.

    “Tentera Rusia mungkin membatas serangan mereka dengan berskala kecil sahaja ketika mereka berusaha untuk bersedia melakukan operasi serangan yang lebih besar dan membangunkan semula kekuatan perang yang diperlukan oleh mereka,” kata institusi tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini daripada Kementerian Pertahanan Rusia, sepertinya mereka mengesahkan mengenai penilaian tersebut.

    Mereka berkata pasukan tentera Rusia yang terlibat dalam serangan di Ukraine diberikan masa untuk berehat. – AP

    Seorang wartawan Ukraine dilihat di luar bangunan yang musnah disebabkan oleh pertempuran antara Rusia dan Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...