Saturday, May 18, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Paul Wesley fail cerai

    Selepas lima bulan mengumumkan perpisahan, pelakon, Paul Wasley akhirnya memfailkan penceraian terhadap usahawan barangan kemas, Ines de Ramon.

    Menerusi dokumen permohonan cerai, pasangan ini bersetuju untuk meletakkan titik noktah pada hubungan mereka atas faktor tiada lagi persefahaman selain ia adalah keputusan bersama.

    “Keputusan yang dibuat adalah persetujuan bersama. Mereka meminta agar diberi ruang privasi buat masa sekarang,” kata wakil Paul kepada E! News.

    Dalam dokumen yang difailkan, Paul, 41, tidak menyatakan tarikh sebenar mereka berpisah namun menurut sumber pasangan tersebut sudah tidak bersama sejak pertengahan tahun lalu.

    Meskipun menyatakan tiada lagi persefahaman sebagai punca cerai, ramai mula membuat andaian ekoran khabar angin mengatakan Ines rapat dengan aktor, Brad Pitt.

    Mereka sebelum ini pernah dilihat menghadiri konsert bersama pada November tahun lalu dan turut meraikan sambutan ulang tahun Brad pada bulan berikutnya.

    Sementara itu, Paul pula dikatakan sedang rapat dengan model bernama Natalie Kuckenburg dan gambar mereka bercumbu pernah menjadi bualan pada November 2022.

    Untuk rekod Paul dan Ines mendirikan rumah tangga pada No-vember 2019. – Agensi

    Paul pilih jalan bercerai dengan Ines. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...