Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pelbagai aktiviti meriahkan Pekan Tutong

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 4 SEPT – Dengan hasrat untuk menghidupkan lagi suasana Pekan Tutong agar menjadi lebih bersemangat, bersesuaian bagi tempat riadah sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat, Tutongku Ceria kembali lagi hari ini yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyaksikan kemeriahan acara anjuran bersama Jabatan Bandaran Tu-tong, Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail yang dialu-alukan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Haji Meludin.

    Terdahulu, acara berkenaan telah dimulai dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai dan diikuti dengan pelepasan riadah berbasikal sejauh 8 kilometer, peserta Amazing Race dan berjalan santai yang bermula dan berakhir di kawasan dermaga Pekan Tutong.

    Pelepasan peserta disempurnakan oleh Awang Ajmin dan pemangku pengerusi Lembaga Bandaran Daerah Tutong.

    Pelbagai aktiviti jualan dan perkhidmatan ditampilkan semasa acara itu oleh para pengusaha dan peniaga yang bukan hanya terdiri daripada masyarakat setempat bahkan
    juga daerah-daerah lain antaranya jualan makanan dan minuman, produk satu kampung dan satu produk (1K1P), pakaian, river cruise, pameran reptilia dan burung helang, dan sebagainya.

    Dengan adanya acara sedemikian, ia diharap mampu mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan dan persaudaraan sesama masyarakat di samping membuka minda semua pihak untuk sama-sama memanfaatkan masa terluang dengan melakukan pelbagai kegiatan sihat seperti bersukan mahu pun berjual-beli.

    Haji Ahmad Nizam menyaksikan gerai jualan yang diadakan semasa acara itu.
    Antara aktiviti menarik yang diketengahkan.
    Acara juga diserikan dengan acara berjalan santai yang bermula dan berakhir di kawasan dermaga Pekan Tutong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...