Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pemberontak Yaman tembak peluru berpandu ke UAE, Arab Saudi

    SANAA, 24 JAN – Pemberontak Yaman melepaskan peluru berpandu ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, dengan pasukan pakatan membalas dengan meletupkan landasan pelancar pemberontak ketika permusuhan yang meningkat secara mendadak memasuki minggu kedua hari ini.

    Saksi melihat pancaran terang memancar di atas ibu negara Emirati Abu Dhabi awal hari ini ketika dua peluru berpandu balistik dipintas, menaburkan serpihan.

    Tiada siapa yang cedera dalam serangan itu, yang berlaku seminggu selepas pemberontak Huthi yang diso-kong Iran membunuh tiga orang dalam serangan dron dan peluru berpandu ke atas bandar itu, mencetuskan serangan udara maut ke atas Yaman.

    Secara berasingan, peluru berpandu dilepaskan ke Arab Saudi di wilayah selatan yang bersempadan dengan Yaman, dengan dua orang cedera di Jazan dan satu lagi peluru berpandu dipintas di Dhahran al-Janub.

    UAE berkata sebuah jet pejuang memusnahkan pelancar peluru berpandu Huthi di Al-Jawf di utara Yaman pada 4:10 pagi waktu tempatan, “sejurus selepas ia melancarkan dua peluru berpandu balisitik di Abu Dhabi”. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...