Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pendidikan universiti percuma untuk anak Sarawak

    LIMBANG, 4 OGOS – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu melihat anak Sarawak menikmati pendidikan universiti secara percuma pada masa depan sebagai hasratnya sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-72, hari ini.

    Abang Johari berkata hasrat inilah yang mendorong beliau untuk merangka penubuhan sebuah dana kekayaan berdaulat untuk Sarawak yang boleh digunakan untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat tinggi.

    “Saya sudah pergi tiga tempat dan Insya-Allah (perancangan) sudah beres dan kita akan mempunyai satu pendekatan kerana kita merupakan kedua-dua negeri sumber ekonomi an bukan sumber ekonomi. Kita boleh dapat penjanaan dana untuk masa depan,” katanya ketika berucap merasmikan Muzium Limbang di sini.

    Tiga negara yang dijadikan rujukan beliau ialah Norway yang merupakan negara ekonomi berasaskan sumber asli, Singapura yang ekonominya bukan berasaskan sumber dan United Kingdom yang memiliki syarikat pengurusan dana bertaraf global.

    “Pendapatan kita sudah bertambah. Sebab itu, saya berani bercadang untuk kita menubuhkan dana berdaulat yang merupakan simpanan dana kita untuk masa depan. Kalau dikaji, kita akan menjadi negeri pertama mempunyai dana berdaulat,” katanya.

    Menyentuh Muzium Limbang, Abang Johari berkata ia akan menjadi pusat penting bukan sahaja untuk tujuan tarikan pelancongan tetapi sebagai rujukan dan simpanan bahan-bahan serta maklumat bersejarah di kawasan ini.

    Menurutnya kepentingan peranan muzium terserlah ketika kerajaan Sarawak memulakan kajian dokumen-dokumen berkaitan penubuhan Malaysia di Muzium London sebagai asas untuk mendapatkan kembali hak-hak Sarawak yang telah terhakis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...