Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pengajaran Hijrah seri malam Munajat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diteruskan lagi bagi minggu ke-46 malam tadi yang diisikan dengan tazkirah bertajuk ‘Pengajaran Hijrah’, sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444.

    Turut menyertai majlis secara maya itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Haji Mohammad Rosli bersama para pegawai dan kakitangan KHEU serta ahli-ahli jawatankuasa takmir dan belia dari Masjid Kampung Pulaie.

    Majlis disusuli dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin Pengarah Pengajian Islam, Haji Shamshol bin Haji Omar bersama para pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam (JPI) dari surau Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba.

    Sejurus itu, Doa Munajat dibacakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Harris Hamdillah bin Haji Masri bersama para pegawai dan kakitangan Pejabat Ugama Daerah Temburong dari Masjid Kampung Batu Apoi, Temburong.

    Ia kemudiannya diserikan dengan tazkirah oleh Penolong Pensyarah i-Ready, Pusat Bahasa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) selaku penolong ketua belia Masjid Ash-Shaliheen, Awang Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yasin dari Masjid Kampung Pulaie.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Malam Munajat secara maya. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...