Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Penghantaran hidrogen ‘pertama dunia’ berlepas ke Jepun

    HASTINGS, AUSTRALIA, 21 JAN – Tangki hidrogen cecair canggih sedia untuk dipunggah di Australia hari ini menjelang penghantarannya ke Jepun, dalam apa yang Canberra sifatkan sebagai percubaan ‘pertama dunia’ teknologi tersebut.

    Suiso Frontier berlabuh dekat Melbourne dan dimuatkan dengan hidrogen paling sejuk, sumber bahan api yang menyokong harapan suatu hari nanti boleh menjadi pesaing kepada LNG.

    Kapal itu adalah sebahagian daripada Rangkaian Bekalan Tenaga Hidrogen (HESC), projek usaha sama Jepun-Australia yang dihasratkan untuk menghasilkan bahan api yang banyak, mampu dimiliki buat Jepun.

    “Ini adalah hari bersejarah, ini adalah permulaan bagi satu industri yang akan membentuk masa depan tenaga global,” kata menteri tenaga Australia, Angus Taylor.

    Hidrogen hanya menghasilkan wap dan tiada karbon dioksida apabila dibakar, menjadikan ia satu kemungkinan alternatif menarik bagi bahan bakar kotor.

    Ia boleh dihasilkan daripada sumber diperbaharui seperti air – namun di Australia ia diekstrak daripada batu arang coklat atau lignit, yang secara signifikannya dapat mengurangkan kelayakan hijaunya.

    Australia berharap dapat menarik pelabur-pelabur yang mempunyai kesedaran mengenai alam sekitar dengan memerangkap karbon yang dilepaskan dalam pengeluaran.

    Kerajaan Australia yang menyokong arang telah menggunakan pengaruhnya dalam industri baharu, dalam masa yang cuba untuk meyakinkan semula para penyokong bahawa ia bukan penamat bagi bahan api keluaran tempatan.

    “Kami akan terus menyokong industri tradisional kami, eksport tradisi kami, namun kami juga akan menggembangkan bidang seperti hidrogen,” kata menteri sumber, Keith Pitt. – AFP

    Kapal Suiso Frontier berlabuh di pelabuhan Hastings, dekat Melbourne. – HESC Project
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...