Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara sebahagian Jalan Pandan Enam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara sebahagian Jalan Pandan Enam, Kuala Belait disebabkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung yang pecah di jalan berkenaan mulai hari ini sehingga kerja-kerja selesai.

    Sehubungan itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu mengingatkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat mengambil langkah untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, WhatsApp di talian 8333123 ataupun e-mel kepada pro@pwd.gov.bn

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembaikan paip pembetung dijalankan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...