Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara separuh Jalan Tutong

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati apabila melalui beberapa lokasi di sepanjang Jalan Tutong di mana penutupan sementara separuh jalan secara berperingkat akan dilaksanakan bagi kerja-kerja melapis semula jalan raya.

    Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, penutupan sementara separuh jalan secara berperingkat di beberapa lokasi di sepanjang Jalan Tutong bermula hari ini dari pukul 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan tersebut untuk mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong akan dilaksanakan secara berperingkat bagi kerja-kerja melapis semula jalan raya. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...