Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perancis perkukuh kerjasama pertahanan dengan Sweden, Finland

    MOSCOW, 17 MEI – Perancis bersedia untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan dengan Sweden dan Finland dalam usaha kedua-dua negara untuk mendapatkan keahlian NATO, lapor Sputnik.

    “Perancis mengesahkan komitmen dan solidaritinya di bawah Artikel 42.7 Perjanjian Kesatuan Eropah, dan bersedia untuk meningkatkan kerjasama keselamatan dan pertahanannya dengan kedua-dua rakan kongsi, termasuk melalui rundingan politik peringkat tinggi dan interaksi ketenteraan,” menurut kenyataan memetik Istana Elysee pada Isnin.

    Selain itu, Perancis berikrar ‘berganding bahu dengan Finland dan Sweden’ sekiranya kedaulatan kedua-dua negara terancam.

    Terdahulu, Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store berkata Oslo, bersama Copenhagen dan Reykjavik, akan menyokong Helsinki jika terdapat ancaman ketenteraan.

    Store berkata keahlian dalam NATO dijangka memudahkan keupayaan pertahanan kolektif dan mengukuhkan keselamatan di Atlantik Utara. Finland dan Sweden sudah memenuhi syarat untuk menyertai pakatan tentera itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...