Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Perancis rekod suhu paling panas

    PARIS, 6 JAN – Perancis mengalami suhu purata yang paling panas dan paras hujan terendah dalam rekod tahun lalu, kata Biro Kajicuaca Perancis kelmarin.

    Suhu purata bagi tahun itu ialah 14.5 darjah selsius, ‘jauh melebihi tahun 2020 yang mencatatkan rekod sebelumnya’ iaitu 14.07 darjah selsius, kata Meteo France dalam satu kenyataan.

    Negara itu juga mengalami ‘rekod defisit hujan’ sebanyak 25 peratus di bawah purata jangka panjang, paling rendah sejak 1989, tambah jabatan tersebut. Seperti kebanyakan negara Eropah Barat, Perancis mengalami musim panas yang teruk dan kebakaran hutan yang terjadi telah memperbaharui tumpuan kepada perubahan iklim.

    Musim luruh dan musim sejuk juga sangat sederhana, dengan hujan dan suhu panas mengurangi salji di pergunungan Alps dan Pyrenees kepada kawasan berlumpur.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron menghadapi kritikan daripada beberapa orang saintis iklim minggu ini berhubung ucapan tahun baharunya kepada negara itu pada hujung minggu lalu, di mana beliau menganggap kemarau dan suhu panas tahun lepas itu adalah satu kejutan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...