Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Perang di Ukraine tambah risiko kestabilan kewangan

    FRANKFURT, 25 MEI – Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah meletakkan pasaran kewangan di bawah tekanan baharu dengan menyebabkan harga barangan melambung dan perkembangan perlahan, menurut Bank Pusat Eropah (ECB) dalam laporan yang diterbitkan hari ini.

    Peperangan telah ‘meningkatkan risiko kestabilan kewangan menerusi kesannya terhadap semua aktiviti ekonomi,” kata naib presiden ECB, Luis de Guindos dalam kenyataan.

    Inflasi di zon euro melonjak ketika kos tenaga, produk pertanian dan barangan mentah meningkat dengan ketara.

    Harga pengguna meningkat 7.5 peratus pada bulan April, angka tertinggi dan melebihi sasaran bank pusat sebanyak dua peratus.

    Pada masa yang sama, unjuran ekonomi dalam blok semakin berkurang, dengan ramalan terbaharu ECB menjangkakan kejadian ‘teruk’ mampu mengurangkan peratusan perkembangan tahun ini.

    Bangunan Bank Pusat Eropah di Frankfurt, Jerman. ECB berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah meletakkan pasaran kewangan di bawah tekanan baharu dengan menyebabkan harga barangan melambung dan perkembangan perlahan.

    Tindak balas terhadap penularan konflik dan ditambah dengan sekatan ke atas Rusia setakat ini ‘teratur’, menurut ECB dalam laporan kestabilan kewangan dwi tahunan.

    “Tindak balas pasaran amat penting, tetapi lebih sederhana berbanding pada permulaan pandemik koronavirus,” tambahnya.

    Risiko baharu mungkin timbul ‘sekiranya ramalan perkembangan semakin lemah’ jika peperangan atau inflasi terus meningkat.

    Langkah yang diambil oleh Persekutuan Rizab Amerika Syarikat (AS) mungkin akan ‘meningkatkan’ keterdedahan, menurut laporan.

    Selain itu, potensi penilaian semula aset yang lebih berisiko, peningkatan kadar mungkin menambah cabaran kewangan kepada ‘firma dan kerajaan yang menanggung hutang’.

    Peningkatan semula keuntungan bank selepas pandemik juga berisiko berlaku tidak lama, tambahnya.

    Sementara itu, institusi-institusi kewangan zon euro telah mengehadkan pendedahan secara langsung kepada konflik, pembantutan ekonomi akan mempengaruhi ramalan dan meningkatkan risiko pinjaman, tambah laporan itu lagi.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...