Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ‘Perang Ukraine boleh berlanjutan bertahun-tahun‘

    KYIV, UKRAINE, 19 JUN – Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberi amaran bahawa perang di Ukraine boleh berlarutan ‘selama bertahun-tahun’ selepas Presiden Volodymyr Zelensky berjanji kelmarin bahawa tenteranya tidak akan menyerahkan selatan negara itu kepada Rusia selepas lawatan pertamanya ke barisan hadapan di sana.

    Ukraine berkata, ia juga telah mengelak serangan baharu oleh tentera Rusia di bahagian timur, di mana terdapat beberapa minggu pertempuran sengit ketika Moscow cuba merebut wilayah perindustrian Donbas.

    Walaupun Ukraine tetap menentang, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg memberi amaran kepada negara-negara Barat agar mesti bersedia untuk menawarkan sokongan jangka panjang kepada Kyiv semasa perang yang sengit.

    “Kita mesti bersedia untuk bertahan selama bertahun-tahun,” kata Stoltenberg kepada akhbar harian Jerman, Bild. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...