Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Perkhidmatan awam Greece lumpuh akibat mogok

ATHENS, 17 MAC – Perkhidmatan awam Greece, termasuk sektor pengangkutan lumpuh selama 24 jam akibat mogok di seluruh negara ekoran kemalangan kereta api bulan lepas.

Satu siri protes di tengah-tengah Athens oleh kesatuan pekerja awam ADEDY, kesatuan sektor swasta GSEE, dan kesatuan sekerja serta parti pembangkang berakhir dengan pergelutan antara penunjuk perasaan dan polis, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita kebangsaan Greece AMNA.

Menurut anggaran polis, kira-kira 25,000 orang berkumpul di jalan-jalan menuju ibu negara, menuntut akauntabiliti bagi tragedi terburuk di Greece pada 28 Feb, yang meragut 57 nyawa.

Mereka juga menuntut keadilan untuk mangsa dan mendesak landasan kereta api yang selamat untuk semua.

“Kami berada di sini, dan kami menuntut agar segala-galanya didedahkan. Kami tidak akan berhenti sehingga suara kami didengari,” Konstantinos Vlachakis, setiausaha Majlis Belia Pusat parti pembangkang utama, SYRIZA memberitahu Xinhua.

Empat ketua stesen dan seorang penyelia telah didakwa setakat ini atas tuduhan kecuaian hingga mengakibatkan kematian ekoran insiden kereta api penumpang bertembung dengan sebuah kereta api barang di tengah Greece. – Bernama

Polis kelihatan di sepanjang jalan ketika pertempuran berlaku semasa mogok 24 jam, di Athens. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -