Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Persatuan Fuzhou Shiyyi mara ke pusingan akhir

    Oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Persatuan Fuzhou Shiyyi mara ke pusingan akhir Piala Bola Keranjang You-C1000 2022 selepas meraih kemenangan 75-74 ke atas Easyway di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei di Batu Bersurat hari ini.

    Keputusan tersebut mencerminkan perlawanan yang berlangsung sengit di antara kedua-dua pasukan. Persatuan Fuzhou Shiyyi mendahului jaringan de-ngan mendominasi dua suku pertama atas aksi cemerlang yang dipamerkan oleh pemain pertahanan mereka.

    Easyway pada masa yang sama tidak mahu menyerah kalah apabila mereka berjaya merapatkan jurang sehingga minit akhir perlawanan dengan mengikat kedudukan 74-74. Walau bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada Persatuan Fuzhou Shiyyi dengan hanya perbezaan satu mata.

    Keputusan tersebut secara tidak langsung telah menghapuskan seba-rang keraguan tentang kedudukan Persatuan Fuzhou Shiyyi digulingkan dari tempat kedua dan meninggalkan pesaing terdekat, Pegasus untuk bersaing bagi merebut tempat ketiga dalam kumpulan tersebut.

    “Ia merupakan perlawanan yang sangat sengit. Pujian harus diberikan kepada pemain kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mempamerkan pertahanan yang baik.

    “Saya juga memberi pujian kepada Easyway atas kerja keras mereka dengan serangan bertubi-tubi malah hampir mengejar pada separuh masa kedua permainan. Mereka jelas sekali tidak mahu berputus asa,” kata jurulatih Persatuan Fuzhou Shiyyi, Peter Chen.

    “Permainan yang sangat menarik diperlihatkan oleh kedua-dua buah pasukan.

    “Penghargaan juga diberikan kepada Esmund, Mizi dan Liang Wei kerana mengawal rentak permainan termasuk semua pemain yang memainkan peranan masing-masing dengan baik. Kini kami perlu bersiap sedia bagi perlawanan akhir,” tambahnya.

    Saingan bagi perlawanan akhir Piala Bola Keranjang You-C1000 2022 seterusnya akan berlangsung pada hari Jumaat ini.

    Sebahagian daripada aksi yang dipamerkan semasa perlawanan di antara Persatuan Fuzhou Shiyyi menentang Easyway kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...