Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Persatuan Pertiwi semarak Ramadan dengan khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Lebih 100 orang ahli Persatuan Pertiwi di keempat-empat daerah telah menyertai Majlis Khatam

    Al-Quran yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis, Madang, hari ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Dipertua Persatuan Pertiwi, Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof.

    Acara kemudian diteruskan dengan persembahan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyah beramai-ramai diikuti bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah ‘An-Nas dan bacaan takhtim yang dipimpin oleh Hajah Fatimah binti Haji Ahmad yang juga memimpin bacaan Doa Khatam.

    Majlis berkenaan yang merupakan salah satu projek keagamaan persatuan itu juga diserikan dengan Dikir Marhaban beramai-ramai.

    Antara lain tujuan majlis adalah untuk menyemai minat dan menggalakkan semua ahli persa-tuan supaya sentiasa membaca Al-Quran dengan baik dan lancar serta menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan seharian sepanjang tahun.

    Datin Hajah Dayang Siti Hajar memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bersama ahli-ahli yang lain. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...