Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Fauziah Nawi mahu buru PhD

    “Awda boleh mempunyai pengalaman selama 50 tahun, tapi kalau tiada sijil, tak akan dibayar mengikut kadar bayaran setaraf, sebaliknya hanya terima token,” demikian luahan hati pelakon terkenal, Fauziah Nawi, 71, kenapa masih memburu Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selepas menamatkan sarjana dalam bidang lakonan.

    Mengulas keputusan menyambung pengajian, penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 itu berkata, dia mahu memperjuangkan bayaran setimpal dengan pengalamannya.

    Pada masa sama, katanya, dia mahu menjadi contoh kepada cucu dan generasi muda untuk lebih mementingkan pendidikan.

    “Saya mahukan bayaran setimpal bila bekerjasama dengan kerajaan atau sesetengah pihak.

    “Saya sakit hati sebab bayaran saya dan individu memiliki sijil jauh berbeza. Saya menyesal tak belajar sebab bapa memang suruh belajar.

    Fauziah mahu jadi contoh kepada cucu dan generasi muda untuk lebih pentingkan pendidikan. – New Straight Times

    “Saya seorang pelajar pandai yang malas. Jadi, bila saya sudah ada diploma dan sarjana, saya rasa boleh buat PhD.

    “Bila dapat bayaran setimpal dan menempatkan diri saya di tempat sepatutnya, barulah saya berpuas hati.

    “Itulah sebab saya selalu nasihatkan generasi muda tolong pentingkan pendidikan,” katanya yang turut mengikuti kelas pengajian agama talaqqi, fasohah dan bahasa Arab.

    Tegas Fauziah, ia tidak bermakna seseorang perlu mengetepikan pendidikan kerana berlakon juga memerlukan fikiran cerdas.

    “Kita perlu ada pendidikan untuk diiktiraf. Saya pernah bercakap dengan seorang doktor di Universiti Sains Malaysia (USM).

    “Beliau beritahu kenapa orang lebih mendengar cakapnya berbanding saya, walaupun pengalaman saya lebih 50 tahun. Sebab, depan namanya ada gelaran ‘Doktor’.

    “Beliau bukan perli saya, tapi itulah hakikatnya dan saya tak berkecil hati,” katanya ketika ditemui BH Online pada majlis tayangan telefilem Perang Panjut Tujuh Likur di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...