Sunday, April 28, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pogacar teruskan permulaan cemerlang

    CARPEGNA, 13 MAC – Tadej Pogacar meneruskan permulaan dominan musim ini di peringkat keenam Tirreno-Adriatico kelmarin dan kemudian menegaskan, “Saya tidak pernah membayangkan saya tidak dapat dikalahkan.”

    Penunggang Slovenia, yang memenangi perlumbaan tahun lalu, menewaskan kumpulan elit dalam saingan sebelum ini dan akan memasuki peringkat akhir hari ini selepas hampir mendahului dua minit.

    Di usia 23 tahun, Pogacar sudah menjuarai Tour de France dua kali dan memulakan kempen tahun ini dengan cemerlang.

    Ini merupakan perlumbaan ketiga bagi penunggang pasukan UAE pada musim ini dan menjuarai dua saingan pertama, di Jelajah UAE dan Strade Bianche, perlumbaan klasik sehari.

    “Saya tidak pernah membayangkan saya tidak dapat dikalahkan, meskipun apabila saya berada di hadapan. Saya sentiasa merasakan seseorang boleh bangkit, menyaingi saya dan mendahului. Saya sentiasa berhati-hati. Tidak pernah memandang rendah semua orang,” katanya.

    Aksi Pogacar meraikan kemenangan di atas podium selepas memenangi perlumbaan peringkat keenam Tirreno-Adriatico, kelmarin. – AFP

    Aksi kelmarin menyaksikan tumpuan mendaki Monte Carpegna yang bersalji di 32 kilometer terakhir daripada 215 kilometer bermula di Apecchio hingga ke Carpegna.

    Ketika kumpulan itu mula mendaki laluan kali pertama, Pogacar adalah sebahagian daripada kumpulan mengandungi 21 penunggang.

    Semasa pendakian kedua, Pogacar mula memecut dan meninggalkan pesaingnya.

    Jonas Vingegaard dari Denmark yang mewakili Jumbo dan penunggang Sepanyol, Mikel Landa bersama pasukan Bahrain kekal bersaing dengan Pogacar namun ketinggalan empat kilometer semasa di puncak.

    “Keadaan kaki saya sangat baik,” kata Pogacar semasa garis penamat. “Saya memulakan pemecutan terbaik saya untuk mendaki. Saya cuba memanaskan badan.”

    “Dengan keadaan sejuk, saya merasa sedikit pening semasa di puncak, ia sangat sukar untuk berlumba dalam keadaan sejuk. Saya tidak menggemarinya setelah cuaca panas di Jelajah UAR,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...