Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pramugari alami keretakan tulang semasa pendaratan

    DALLAS, 9 OGOS – Seorang pramugari pesawat Southwest Airlines mengalami keretakan tulang vertebra di belakangnya semasa pendaratan pada bulan lalu di California, menurut penyiasat keselamatan persekutuan.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) berkata impak pendaratan adalah amat kuat sehingga pramugari itu sangka kapal terbang telah terhempas. Dia terasa sakit di belakang dan leher dan tidak dapat bergerak, dan dibawa ke hospital di mana dia didiagnosis mengalami keretakan tulang belakang.

    Lembaga keselamatan menamatkan siasatan tanpa berkata punca pendaratan kuat itu.
    NTSB berkata tidak ada orang lain daripada 141 penumpang yang menaiki kapal terbang itu mengalami kecederaan dalam kejadian di Lapangan Terbang John Wayne di Santa Ana, California.

    Juruterbang memberitahu penyiasat mereka merancang melakukan pendaratan biasa di zon landasan kapal terbang yang mempunyai jarak pendek.

    “Bagaimanapun, ia berakhir dengan pendaratan kuat,” kata NTSB dalam laporan akhirnya.

    Seorang jurucakap syarikat penerbangan enggan memberikan maklumat lanjut apabila ditanya mengenai keputusan siasatan dan sama ada kapal terbang menjalani pemeriksaan untuk kerosakan yang mungkin berlaku semasa pendaratan kuat. Kapal terbang itu telah mengadakan beberapa penerbangan sehari, menurut perkhidmatan penjejak.

    Sejurus selepas pesawat Boeing 737-700 itu keluar dari landasan kapal terbang, juruterbang iaitu kapten dan penolongnya telah diberitahu mengenai kecederaan pramugari, yang berada di tempat duduk belakang pesawat.

    Landasan kapal terbang tersebut hanya 1,700 meter panjang. Secara perbandingan, landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles mempunyai jarak di antara 2,700 hingga 3,900 meter panjang. – AP

    Gambar fail menunjukkan pesawat Southwest Airlines bersedia mendarat di Lapangan Terbang Reagan di Arlington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...