Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Presiden Peru ditahan lepas bubar Kongres

    BOGOTA, 8 DIS – Presiden Peru Pedro Castillo ditahan semalam, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.

    Castillo dalam ucapan di televisyen berkata beliau akan menuntut pilihan raya Kongres untuk meluluskan perlembagaan baharu. Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum Kongres memulakan perbicaraan pemecatan beliau. 

    Beliau ditahan selepas menyampaikan ucapan, lapor agensi Anadolu.

    Sementara itu, ahli parlimen tetap mengundi untuk memecatnya yang menyaksikan Dina Boluarte  dinamakan sebagai calon presiden. – Bernama

    Bekas Presiden Pedro Castillo (tengah) kelihatan dalam kereta polis ketika beliau meninggalkan Lima kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...