Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    PSG tumbangkan juara Jepun

    TOKYO, 21 JULAI – Lionel Messi kelmarin menyumbang satu gol bagi Paris Saint-Germain (PSG) ketika pasukan gergasi Perancis itu terpaksa bergelut untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kawasaki Frontale dalam perlawanan pertama jelajah Jepun pramusim mereka.

    Penyerang bintang PSG, Messi, Neymar dan Kylian Mbappe semuanya diturunkan sebagai pemain utama di hadapan seramai 65,000 orang penonton di Stadium Nasional Tokyo.

    Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-32 tetapi barisan pemain PSG yang banyak berubah pada separuh masa kedua hanya sekadar mampu menghasilkan satu gol menerusi pemain gantian, Arnaud Kalimuendo.

    Sementara itu, juara J-League, Kawasaki menjaringkan gol pada minit ke-84 apabila Kazuya Yamamura menanduk masuk ke dalam gawang PSG.

    Perlawanan berlangsung sengit selepas percubaan Mbappe dinafikan beberapa kali oleh penjaga gol Jung Sung-ryong pada separuh masa pertama selepas berganding bahu dengan Messi bagi mencipta serangan.

    Rembatan dari pemain Argentina itu ditepis keluar tetapi Messi memberikan PSG pendahuluan tidak lama kemudian apabila rembatannya masuk ke sudut gawang dari jarak dekat. Kawasaki telah memberikan saingan hebat kepada kelab Eropah itu dan Galtier berkata pertahanannya perlu dibentuk semula sebelum permulaan musim baharu.

    PSG akan menentang dua lagi pasukan Liga-J, Urawa Reds di Saitama pada Sabtu dan Gamba Osaka di Osaka pada Isnin hadapan. – AFP

    Aksi Lionel Messi melakukan sepakan percuma semasa perlawanan bola sepak Jelajah Jepun PSG di Stadium Nasional di Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...