Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PU Azman didakwa lagi

    Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah di sini hari ini, atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki antara Februari hingga Ogos lepas.

    Azman Syah, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12:15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lepas.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

    Azman Syah turut didakwa atas satu pertuduhan menggalakkan seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun dengan berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp sekitar 4 petang hingga 7:30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru, di sini pada 16 Ogos lepas.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

    Hakim Syafeera Mohd Said membenarkan Azman Syah diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kesemua pertuduhan itu.

    Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Azman Syah didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, di sini pada 9:15 malam pada 10 Jun lepas.

    Dia dituduh mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

    Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000. – Agensi

    PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...