Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Raja Jordan jalani pembedahan tulang belakang

    AMMAN, 10 APRIL – Raja Jordan hari ini berlepas ke Jerman bagi menjalani pembedahan tulang belakang, menurut pengumuman dibuat oleh istana Jordan kelmarin.

    Raja Abdullah II, 60, akan menjalani pembedahan bagi rawatan tulang belakang di sebuah hospital di Frankfurt minggu hadapan, dan akan kembali pulang selepas tempoh pemulihan seminggu.

    Kenyataan dari Mahkamah Hashemite Diraja memaklumkan bahawa Baginda mengalami sakit tulang belakang “akibat terjun payung selama berkhidmat dalam operasi khas,” dan doktor menasihatkan Baginda untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesakitan semakin bertambah kebelakangan ini.

    Raja Abdullah menaiki takhta pada 1999 selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Hussein. – AFP

    Raja Abdullah II akan menjalani pembedahan tulang belakang di Jerman dan akan kembali pulang selepas tempoh pemulihan.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...