Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ramah Mesra Aidilfitri PPPMB eratkan silaturahim

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB), baru-baru ini telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Hotel Star Lodge, Jerudong.

    Majlis berkenaan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PPPMB bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli khasnya dan para peniaga Melayu amnya, dengan pihak kedutaan asing di negara ini.

    Lebih kurang 70 orang hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli PPPMB serta keluarga dan para tetamu yang terdiri daripada perwakilan negara luar ke Negara Brunei Darussalam.

    Majlis telah diisikan dengan bacaan doa, deklamasi puisi dan seterusnya menikmati hidangan.

    Semasa sesi berambar ramai bersama para jemputan pada majlis berkenaan. – Gambar serahan PPPMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...