Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rantai berlian AS$80,000 untuk Avril Lavigne

    Penyanyi rap, Tyga menghadiahkan teman wanitanya, Avril Lavigne seutas rantai berlian yang bernilai AS$80,000 sebagai tanda perhubungan cinta mereka semakin serius.

    Penyanyi lagu My Happy Ending itu dilihat memakai rantai loket berkenaan sewaktu berada di Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Khamis.

    Memetik laporan Mirror UK, seorang tukang emas yang dikenali sebagai Eric Mavani mendedahkan Tyga memintanya untuk mereka seutas rantai berlian untuk Avril.

    Kalung yang direka khas itu mempunyai sebanyak 50 karat berlian putih, berlian hitam dan nilam merah jambu.

    Kata Eric, Tyga menghubunginya tiga minggu lalu untuk menempah rekaan sebelum pasangan itu mengumumkan percintaan mereka secara rasmi.

    Avril bertuah menjadi kekasih Tyga. – Agensi

    Kalung tersebut turut memaparkan nama Avril dengan rekaan berbentuk tengkorak bersama ukiran di bahagian belakang yang bertulis Made for Avril Lavigne (dibuat untuk Avril Lavigne).

    Pada awal Mac lalu, Tyga dan Avril dilihat hadir bersama di acara Minggu Fesyen Paris dan gambar mesra mereka di sebuah acara turut menjadi bualan ramai.

    Kedua-dua selebriti itu seakan mengesahkan hubungan cinta antara mereka meskipun belum genap sebulan Avril mengumumkan putus tunang dengan Mod Sun.

    Pada 23 Februari, wakil kepada Avril mengesahkan hubungan penyanyi itu dengan Mod Sun berakhir selepas 10 bulan bertunang.

    Perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada Avril yang mempunyai hubungan bersama Tyga. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...