Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    RCEP rangsang pemulihan ekonomi era pasca pandemik

    PHNOM PENH, 8 OGOS – Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen hari ini berkata perjanjian perdagangan bebas Perkongsian E-konomi Komprehensif Serantau (RCEP), yang berkuat kuasa awal tahun ini, akan menjadi penggalak kepada ekonomi serantau dan global dalam era pemulihan pasca COVID-19 lapor Xinhua.

    Dalam satu mesej video sempena Hari ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara) yang disiarkan di Televisyen Kebangsaan Kemboja (TVK) kendalian kerajaan, Hun Sen berkata pelaksanaan penuh dan berkesan perjanjian RCEP adalah satu keutamaan.

    RCEP akan merangsang pemulihan ekonomi dalam era pasca pandemik, mewujudkan pekerjaan, dan mengukuhkan rantaian bekalan di rantau ini dan dunia secara keseluruhan, katanya.

    “Sebagai Pengerusi ASEAN 2022, Kemboja akan bekerjasama erat dengan negara-negara RCEP untuk menggalakkan pelaksanaan penuh dan berkesan perjanjian RCEP bagi menggiatkan lagi kemudahan aktiviti perdagangan rentas sempadan,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...