Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Remaja koma meninggal dunia

    LONDON, 7 OGOS – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang berada dalam koma selama empat bulan meninggal dunia semalam di sebuah hospital di London selepas doktor menamatkan rawatannya.

    Ibu Archie Battersbee, Hollie Dance, berkata anak lelakinya meninggal dunia pada pukul 12:15 tengah hari, kira-kira dua jam selepas hospital mula menghentikan rawatannya. Mahkamah British telah menolak usaha keluarga untuk meneruskan rawatan dan permohonan untuk memindahkan Archie ke hospis, mengatakan kedua-dua tindakan tidak memanfaatkan budak itu.

    “Saya ialah ibu paling bangga di dunia,” kata Dance ketika dia berdiri di luar hospital dan menangis. “Dia bertarung sehingga ke saat terakhir.”

    Archie ditemui tidak sedarkan diri di rumah dengan ligatur atau ikatan di atas kepalanya pada 7 April. Ibu bapanya percaya dia mungkin mengambil bahagian dalam cabaran dalam talian.

    Doktor menyimpulkan Archie mati otak sejurus selepas kemalangan dan berusaha menamatkan senarai panjang rawatan yang meneruskan hayatnya, termasuk respirasi tiruan, ubat mengawal fungsi badan dan penjagaan siang malam. Namun keluarganya membantah, mendakwa Archie telah menunjukkan tanda-tanda dia masih hidup dan tidak ingin doktor berputus asa. – AFP

    Gambar serahan Hollie Dance menunjukkan anak lelakinya Archie Battersbee. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...