Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Reza Rahadian tak kisah dijodohkan dengan Prilly Latuconsina

    Bergandingan lagi dalam drama siri berjudul My Lecturer My Husband musim kedua, ramai peminat mahu menjodohkan pelakon Reza Rahadian dengan aktres Prilly Latuconsina.

    Menganggap ia bukan satu masalah, Reza dengan tenang berkata semua orang mempunyai kebebasan untuk bercakap apa sahaja.

    Malah, pelakon berusia 35 tahun ini juga memberitahu beliau tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan Prilly di masa hadapan.

    “Tak ada masalah, orang bebas untuk cakap apa saja. Apa-apa pun boleh terjadi, kita tak pernah tahu di masa hadapan macam mana,” kata Reza.

    Ketika ditanya mengenai pandangannya tentang Prilly, Reza memuji sikap aktres itu yang memberi inspirasi kepada wanita lain selain pandai, cantik dan mempunyai personaliti menarik.

    “Seorang yang mencabar, wanita muda, inspirasi, pandai, bekerja keras, cantik dan personalitinya juga sangat bagus. Saya suka seorang yang mempunyai personaliti profesional,” ujarnya. – Agensi

    Reza sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Prilly. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...