Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    Ribuan penduduk Yangon kekurangan bekalan air

    YANGON, 14 MAC – Dengan membawa baldi dan besen, penduduk ibu negara komersial Myanmar yang sibuk, Yangon berbaris untuk mendapatkan air hari ini, ketika gangguan bekalan air berterusan memburukkan lagi kesengsaraan ekonomi yang dicetuskan oleh rampasan kuasa tentera tahun lalu.

    Minggu lalu junta meng-umumkan bahawa bekalan elektrik negara itu yang sememangnya sudah berkala akan dikurangkan lagi bagi tujuh hari, mempersalahkannya ke atas kenaikan harga gas dan serangan-serangan oleh pejuang anti rampasan kuasa terhadap infrastruktur.

    Peningkatan gangguan bekalan elektrik itu menyaksikan rumah-rumah dan perniagaan di Yangon, dihuni kira-kira tujuh juta orang, kerap gelap dan menyebabkan ramai orang tidak dapat menarik air ke rumah mereka.

    “Kami dapat menggunakan arang untuk memasak tetapi kami tidak dapat hidup tanpa air,” kata Ko Aung ketika dia berbaris bersama kira-kira 30 yang lain dekat lori tangki air yang mengunjungi kejiranan timur laut mereka di bandar itu.

    “Walaupun ada elektrik, tanpa air daripada sistem, kami tidak dapat memasak apa-apa,” kata lelaki berusia 40 tahun itu.

    Gangguan bekalan elektrik biasa berlaku di Myanmar disebabkan grid elektrik yang usang, dengan permintaan kerap melebihi bekalan semasa musim panas.

    “Sejak permulaan Mac kami telah menerima 150-200 panggilan sehari daripada orang ramai yang meminta kami membekalkan air,” kata Htun Htun yang mengetuai sepasukan sukarelawan yang menghantar air.

    “Hari ini kami memberi air kepada kira-kira 3,000 rumah,” katanya kepada AFP. “Kekurangan air dan elektrik biasanya berlaku pada musim panas tetapi ia teruk tahun ini.”

    Julai lalu, pembekal elektrik Yangon memberi amaran kepada pelanggan bahawa bekalan elektrik mereka mungkin terjejas jika mereka enggan membayar bil sebagai sebahagian daripada boikot yang menjejaskan tabung junta. – AFP

    Penduduk berbaris untuk mengisi kontena dengan air di Yangon, kelmarin, ketika beribu-ribu orang berdepan kekurangan air disebabkan gangguan bekalan air di bandar itu.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...