Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ribut berterusan musnahkan California

    SANTA CRUZ, AMERIKA SYARIKAT, 12 JAN – Ribut berterusan tanpa henti membadai California telah dijangka akan bergerak ke arah utara, menurut Perkhidmatan Cuaca Negara AS (NWS) kelmarin, setelah wilayah tersebut bergelut dengan banjir besar dan tanah susur.

    Sekurang-kurangnya 18 mangsa telah meninggal dunia dalam siri bencana ribut baru-baru ini yang telah membadai barat AS, membawa taburan hujan yang tidak pernah disaksikan sejak 150 tahun lalu.

    Perumahan telah dihanyutkan air, tiang elektrik telah tumbang dan jalan raya telah dihalang oleh bongkah-bongkah batu setelah banjir yang tidak berkesudahan melanda Golden State.

    Baru-baru ini, kawasan di utara California telah diletakkan di bawah pengawasan banjir atau amaran cuaca musim sejuk.

    “Hujan lebat dijangka memberi kesan terhadap barat laut California selang beberapa hari lagi.”

    NWS turut mengingatkan cuaca buruk akan melanda negeri-negeri lain di barat laut Pasifik sehingga hari Sabtu ini.

    Hujan tersebut akan datang di tengah-tengah hujan lebat yang telah turun selama beberapa minggu kebelakangan ini yang telah menyebabkan tanah tepu, air sungai melimpah dan lereng bukit berisiko untuk runtuh.

    Di bandar Aptos, berdekatan Santa Cruz, penduduk dilihat sedang mengutip serpihan setelah rumah mereka ditenggelami air.

    “Ini merupakan banjir paling buruk pernah saya lihat sejak saya tinggal di sini, sejak 1984,” kata Doug Spinelli kepada AFP. – AFP

    Kemusnahan dapat dilihat selepas ribut membadai tepi laut Capitola, California, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...