Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ruud mara ke suku akhir Terbuka Argentina

    BUENOS AIRES, 10 FEB – Pemain pilihan utama, Casper Ruud dari Norway menewaskan pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena 7-6 (2), 6-2 kelmarin untuk mara ke suku akhir Terbuka Argentina.

    Ruud, pemain tenis ranking kelapan terbaik dalam litar, akan menentang pemain kegemaran tempatan, Federico Coria, yang sebelum itu menewaskan pilihan kelima, Dusan Lajovic dari Serbia 4-6, 7-5, 6-4.

    Ruud menarik diri daripada Terbuka Australia terbaharu kerana kecederaan buku lali, tetapi kini pulih. Ia adalah perlawanan pertamanya pada kejohanan tahun ini di Buenos Aires.

    “Rasanya bagus untuk bermain perlawanan sekali lagi,” kata pemain Norway itu selepas perlawanan. “Saya agak kekok, tetapi saya rasa saya bermula dengan baik. Beberapa kesilapan di sana sini, beberapa kali set penentu tidak menyebelahi saya, tetapi saya dapat memulihkannya. Secara keseluruhannya ia adalah cara yang baik untuk dilalui.”

    Sementara itu, pemain veteran Sepanyol, Fernando Verdasco menewaskan pemain Brazil, Thiago Monteiro untuk mara ke peringkat lapan terakhir. Pemain berusia 38 tahun itu mendapat kemenangan dengan 2-6, 6-3, 7-5. Perlawanan terakhir pusingan 16 kelmarin adalah di antara pilihan ketiga, Lorenzo Sonego dari Itali menentang pemain Argentina, Sebastian Baez.

    Empat lagi perlawanan hari ini akan melengkapkan jadual suku akhir. – AP

    Aksi Casper Ruud mengembalikan bola kepada Roberto Carballes dalam perlawanan tenis Terbuka Argentina kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...