Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sean intai peluang pentas global

    Pelakon dan pengacara, Sean Lee, 28, ingin bertemu serta bekerjasama dengan pelakon kelahiran Malaysia yang kini menempa nama di Hollywood, Henry Golding.

    Akuinya, dia melihat Golding sebagai ‘role model’ kerana beliau memulakan langkah awal dalam industri di Malaysia.

    “Golding sama seperti saya memulakan langkah sebagai pengacara, namun, kini siapa sangka sudah berada di pentas Hollywood.

    “Jadi, tak salah saya meletakkan Golding sebagai idola. Jujurnya, saya teringin mahu bertemu untuk mendengar kisah permulaan bertapak hingga berjaya menempa nama di peringkat global.

    “Saya mahu belajar dan mengutip ilmu daripadanya. Mungkin juga saya boleh bekerjasama dengannya. Jika berlaku, ia menjadi satu perkara menakjubkan,” katanya kepada wartawan.

    Sean atau nama sebenarnya, Sean Lee Jia Ern berkata, dapat bertemu dan berbual santai pun sudah memadai, tetapi ia menjadi lebih hebat jika berpeluang bekerjasama, ia menjadi lebih hebat.

    “Mungkin Golding membaca coretan saya ini, jadi saya mengharapkan peluang ini dapat diperoleh.

    “Sudah tentu saya mempunyai perancangan melebarkan sayap perjuangan ke pentas antarabangsa, malah, mahu berhasrat mendalami ilmu penerbitan dan pengarahan. Jadi, saya berharap peluang diberikan dengan meminjamkan suara untuk filem animasi, yang akan membuka lebih banyak ruang,” katanya.

    Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Sweet Dreams dan Jujurlah Nikahi Aku itu berkata, mungkin diberikan lebih peluang apabila bekerjasama dengan Warner Bros Malaysia atau syarikat antarabangsa lain selaku pelakon atau pengarah.– Agensi

    Sean Lee dilaporkan intai peluang pentas global. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...