Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

Sebutan kes pemerdagangan manusia pada 13 Jun

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini telah mendengarkan kes pemerdagangan manusia dan menangguhkannya kepada 13 Jun ini.

Khairul Bashar, 42, warga Bangladesh, sebelum ini menafikan pertuduhan pemerdagangan orang terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli mendengarkan bahawa Khairul Bashar didakwa melakukan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang 2004 kerana melakukan kesalahan pemerdagangan orang.

Siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mendedahkan bahawa defendan didakwa memperdagangkan dua orang warga Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam pada 2018 melalui penipuan bagi tujuan kerja paksa.

Kejadian didakwa berlaku pada 2018, sebelum berkuat kuasa Akta Anti Pemerdagangan Orang, Penggal 230, bermakna pertuduhan yang dibawa oleh pendakwa raya secara automatik berada di bawah Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang, 2004.

Jika didapati bersalah atas kesalahan tersebut, defendan boleh dikenakan denda tidak melebihi $1,000,000, penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Nor’adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi mewakili pendakwa raya dalam kes tersebut pada hari ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -