Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sejarah hebat Real Madrid beri kelebihan – Ancelotti

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 26 APRIL – Carlo Ancelotti berkata kelmarin bahawa sejarah hebat Real Madrid dalam kempen Liga Juara-juara memberi kelebihan kepada pasukan lain apabila berdepan dengan Manchester City pada perlawanan pertama separuh akhir hari ini.

    Pencapaian 13 kali juara Eropah menyaksikan Madrid sebgai kelab paling berjaya dalam kejohanan tersebut manakala City baru pertama kali mara ke final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun lalu, apabila mereka dikalahkan 1-0 oleh Chelsea.

    “Sejarah yang dimiliki Real Madrid dalam perlawanan ini cukup bermakna bagi kami berbanding pesaing kami,” kata Ancelotti dalam sidang akhbar. “Sejarah unggul sejak bertahun lamanya itu membantu pemain merasakan betapa bangganya menyarung jersi pasukan, beban yang positif dan bukannya negatif.”

    Sementara itu, Pep Guardiola mengakui Manchester City tidak mampu menyaingi sejarah Real Madrid di Eropah, tetapi berkata mereka boleh mencipta lembaran baharu dengan cara tersendiri.

    “Jika mahu menandingi sejarah mereka, kami tidak akan mempunyai peluang,” kata Guardiola pada sidang media menjelang perlawanan. “Kami perlu mempunyai keinginan untuk bersaing dengan mereka. Bermain menentang Real Madrid adalah cabaran yang luar biasa. Kami mahu mencubanya dan perlu merasa kesulitan untuk terus bersatu, apabila kami cuba menguasai bola, cuba menyerang.

    “Situasi sama berlaku jika kami berdepan dengan Bayern Munich atau Barcelona, pasukan yang sudah biasa ke final. – AFP

    Carlo Ancelotti mengetuai pasukan Real Madrid dalam sesi latihan di Stadium Etihad, Manchester, England, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...