Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Sejauh mana arahan dipatuhi ketika lebaran

    Alhamdulillah kita sudah berada di 10 hari terakhir bulan Ramadan dan tidak lama lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Meskipun negara kita masih di bawah ancaman penularan wabak, garis panduan pengendalian Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dibenarkan telah disuarakan pada Sidang Media COVID minggu lalu.

    Garis panduan menyebutkan acara persendirian di rumah adalah dibenarkan untuk keluarga terdekat sahaja dengan kapasiti maksimum 30 orang tetamu tidak termasuk tuan rumah manakala bagi acara yang diadakan di dewan dengan kapasiti 300 orang.

    Di samping itu juga, acara-acara yang akan dilaksanakan hendaklah mematuhi garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka kecuali semasa makan dan minum, menjaga penjarakan fizikal, membuat ujian ART sebelum berkunjung ke rumah keluarga terdekat dan tidak melakukan kunjungan secara beramai-ramai atau berkumpulan.

    Timbul satu persoalan di sini, bagaimanakah perkara-perkara yang diarahkan oleh kerajaan itu akan dilakukan dengan jujur dan jitu oleh orang ramai?

    Memang tidak dinafikan perkara ini kita sebagai orang ramai sendiri dapat menguruskan sendiri dengan mengehadkan keramaian dan memastikan pematuhan garis panduan kesihatan.

    Namun tidak juga menjadi mustahil sesetengah orang akan mengambil ringan arahan-arahan tersebut kerana sudah lalai dengan kemeriahan Hari Raya dengan beberapa alasan seperti tidak ada pihak berkuasa yang memantau, orang lain pun akan sama juga tidak mempedulikan arahan kerajaan dan sebagainya.

    Persoalan saya di sini, adakah pihak-pihak relevan akan melakukan rondaan ke kawasan-kawasan kampung bagi memastikan arahan dijalankan dengan jayanya atau sebaliknya? Persoalan saya ini ditimbulkan juga kerana baru-baru ini saya mendapati ada yang mengadakan acara berbuka puasa di rumah persendirian secara beramai-ramai melebihi had yang ditetapkan dan malah kebanyakan yang hadir ke acara berkenaan tidak memakai pelitup muka sedangkan belum waktu berbuka puasa.

    Justeru, saya terfikir acara berkenaan diadakan kerana tidak ada rondaan dilakukan kerana kawasan kampung dan boleh saja melanggar arahan kerajaan. Oleh yang demikian, tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku semasa Hari Raya nanti.

    Memang semasa Hari Raya inilah masanya kita kunjung mengunjungi namun dengan keadaan kita sekarang, keselamatan daripada dijangkiti merupakan satu keutamaan dan jangan kerana keseronokan kunjung mengunjungi mengundang kluster jangkitan baharu.

    Sama-sama beingat

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...