Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Wanita 103 tahun ditahan memandu tanpa lesen

    ROM, 18 MAC – Seorang wanita Itali berusia 103 tahun dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh telah ditahan oleh polis ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakan- rakannya pada waktu malam dengan kereta yang tidak memiliki insurans.

    Kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi apabila polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara berbahaya di tengah-tengah Bondeno, sebuah bandar dengan 13,000 penduduk berhampiran Ferrara, kata polis dalam satu kenyataan yang diterima oleh AFP Khamis lalu.

    Pegawai dalam kereta peronda yang dihantar ke tempat kejadian di wilayah Emilia Romagna utara ‘terkejut apabila mereka mendapati tahun kelahiran pemandu’, katanya.

    Giuseppina Molinari, dikenali sebagai Giose, lahir pada 1920, ‘kini berusia 103 tahun tetapi masih mampu menaiki kereta dan memandu ke Bondeno untuk bertemu rakan-rakan’, kata polis.

    Beliau ‘mungkin’ telah tersesat dalam gelap dan hilang arah, kata polis.

    Lesen Molinari telah tamat tempoh dua tahun sebelum ini. Di Itali, pemandu berusia lebih 80 tahun mesti menjalani peperiksaan perubatan setiap dua tahun untuk memperbaharui lesen mereka. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...