Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Serena kembali beraksi di WTA Toronto

    TORONTO, KANADA, 15 JULAI – Serena Williams akan meneruskan penampilan semulanya pada acara WTA Terbuka Kanada bulan hadapan di Toronto, menurut pengesahan daripada pihak penganjur kejohanan tersebut kelmarin.

    Bekas pemain nombor satu dunia itu juga telah disenaraikan bersama pemain-pemain bintang dalam kejohanan yang akan dilangsungkan pada 6 hingga 14 Ogos itu nanti.

    Williams, yang menggunakan ranking terlindungnya untuk memasuki undian utama, akan menyertai saingan yang merangkumi seramai 41 daripada 43 pemain teratas dunia, termasuk juara Terbuka Perancis dua kali dan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.

    Williams sebelum ini ditewaskan dalam tiga set oleh pemain bukan pilihan dari Perancis, Harmony Tan di Wimbledon pada bulan lepas.

    Ketika ditanya selepas perlawanan itu mengenai perancangannya untuk masa hadapan, Williams, yang berusia 41 tahun pada akhir tahun ini, berasa malu.

    “Mungkin saya akan kembali bermain lagi. Tiada siapa yang tahu,” katanya kepada pemberita.

    Naomi Osaka, Coco Gauff, dan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Emma Raducanu turut tersenarai bagi menyertai kejohanan di Toronto itu nanti.

    Sementara itu, bagi saingan dalam kategori lelaki, kejohanan tersebut bakal menyaksikan Rafael Nadal membuat penampilan semula selepas kecederaan menyekat kemaraan kempennya semasa kejohanan Wimbledon baru-baru ini. – AFP

    Serena Williams bakal membuat penampilan semula dalam kejohanan WTA Terbuka Kanada pada bulan hadapan. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...