Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Simmons ditewaskan bekas pasukan

    WASHINGTON, 23 NOV – Pemain Brooklyn Nets, Ben Simmons merasai kekalahan menentang bekas pasukannya, Philadelphia Sixers kelmarin, selepas pasukan itu menundukkan Nets 115-106 walaupun tanpa kehadiran pemain handalan mereka.

    Fokus pra perlawanan tertumpu pada bekas pemain Sixers, Simmons yang buat pertama kali bermain di Philadelphia sejak didagangkan ke Nets pada bulan Februari.

    Namun, pasukan tuan rumah yang bermain tanpa bintang Joel Embiid, James Harden dan Tyrese Maxey kerana kecederaan, telah mencuri perhatian penonton.

    Tobias Harris menjaringkan 18 dari 24 mata selepas separuh masa pertama. De’Anthony Melton menambah 22 mata dan Paul Reed dimasukkan dan berjaya menjaringkan 19 mata dan 10 rebound bagi pasukan 76ers. Shake Milton dan Georges Niang masing-masing menyumbangkan 16 mata.

    “Saya hanya perlu mencari rentak permainan dan setelah saya mendapatkannya, saya terus bermain dengan baik. Ia adalah kemenangan yang besar untuk kami,” kata Harris. – AFP

    Aksi Ben Simmons (tengah), bersaing dengan Tobias Harris dan Paul Reed semasa perlawanan bola keranjang antara Philadelphia 76ers dan Brooklyn Nets di Pusat Wells Fargo, Philadelphia, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...