Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Siti Safiyah kejar podium Kuwait

KUALA LUMPUR, 1 FEB – Atlet boling wanita Malaysia, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mengimpikan mengakhiri saingan di kedudukan podium pada Kejohanan IBF (International Bowling Federation) World Combined Championships di Kuwait, Oktober ini.

Tanpa menyatakan warna pingat, Siti Safiyah berkata kejayaan meraih Pasukan Wanita Kebangsaan 2021 pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 bersama rakan sepasukannya semalam, menyuntik motivasi baginya mengharumkan negara dalam pertandingan di Kuwait yang dianggap terbesar baginya tahun ini.

Beliau berkongsi anugerah bersama tiga lagi pemain boling iaitu Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik dan Nur Syazwani Sahar pada ASN 2021 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini.

Selain aksi di Kuwait, pemain boling berusia 32 tahun itu juga memaklumkan bakal menyertai beberapa pertandingan antaranya Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia pada 1-7 Mei nanti diikuti Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 (3 hingga 10 Jun) dan Terbuka Antarabangsa Thailand (26 hingga 29 Julai).

Dalam pada itu, Siti Safiyah menyifatkan kejayaan merangkul perak bersama rakan sepasukannya bagi acara berpasukan wanita pada Kejohanan Boling Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 2021 adalah pencapaian terbesar memandangkan ia pertandingan pertama disertai mereka selepas hampir dua tahun gara-gara pandemik COVID.

Walaupun mengakui agak terkesan dengan persaraan nama besar seperti Shalin Zulkifli pada 2021, Natasha pula optimis barisan muka baharu dalam skuad kebangsaan mampu mencapai tahap permainan seperti bekas jaguh boling kebangsaan tersebut. – Bernama

Siti Safiyah berharap dapat mengusaai podium pada Kejohanan IBF di Kuwait Oktober nanti. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -