Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Skuad futsal M’sia percaya mampu tundukkan Thailand

    KUALA LUMPUR, 10 MEI – Skuad futsal lelaki dan wanita Malaysia mampu melakar kejutan dalam aksi pembuka tirai acara futsal di Sukan SEA Hanoi menentang pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand bermula esok.

    Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata biarpun mengakui kekuatan Thailand, skuad futsal Malaysia dilihat mampu merealisasikan hasrat menundukkan pasukan lawan itu berbekalkan semangat berpasukan yang tinggi.

    Hamidin pada masa sama turut menggesa atlet futsal Malaysia supaya mengibaratkan setiap perlawanan sebagai perlawanan terakhir buat pasukan dan mereka perlu berjuang dengan semangat yang tinggi.

    Skuad futsal lelaki Malaysia bakal membuka tirai saingan berdepan Thailand esok, diikuti aksi berikutnya bertemu Vietnam (14 Mei), Indonesia (16 Mei) dan Myanmar (20 Mei).

    Skuad futsal wanita Malaysia pula akan memulakan kempen dengan menentang Thailand pada 15 Mei, diikuti aksi kedua bertemu tuan rumah Vietnam (17 Mei) dan perlawanan terakhir berdepan Myanmar (19 Mei).

    Semua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...