Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    S’pura mula tawarkan dos ke-4 kepada warga emas

    SINGAPURA, 8 APRIL – Singapura hari ini mula menawarkan dos keempat vaksin COVID kepada warga emas berusia 80 tahun dan ke atas.

    Selain daripada warga emas berusia 80an, warga di kemudahan penjagaan warga emas dan mereka yang berisiko mendapat penyakit teruk kerana imun sistem lemah atau mempunyai penyakit kronik juga layak mendapatkan dos keempat, juga dikenali sebagai dos penggalak kedua.

    Pada 24 Mac lalu, Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung memberitahu satu sidang media, berdasarkan fakta data antarabangsa mengenai perlindungan vaksin yang semakin berkurangan terhadap penyakit teruk dalam tempoh tertentu, maka ia dicadangkan agar kumpulan usia tersebut mendapatkan dos penggalak kedua.

    Memandangkan ciri varian dominan di Singapura, belum ada perancangan untuk meluaskan dos penggalak kepada seluruh rakyat, kata Ong. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...