Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Spurs, Southampton berkongsi mata

    LONDON, 29 DIS – Tottenham kehilangan dua mata berharga menentang Southampton yang bermain dengan 10 pemain semalam, manakala West Ham berjaya menewaskan Watford 4-1 untuk kembali menghangatkan persaingan untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

    Sementara itu alam perlawanan berasingan, Crystal Palace mudah menundukkan pasukan tercorot liga, Norwich dengan keputusan 3-0.

    Spurs masih belum ditewaskan dalam perlawanan liga sejak Antonio Conte dilantik menjadi jurulatih pada awal bulan lalu namun mereka gagal merebut peluang mempunyai kelebihan seorang pemain di St Mary’s, terikat seri 1-1.

    Southampton berada di hadapan seawal minit ke-25 melalui jaringan menarik James Ward-Prowse, yang membuat rembatan selepas menerima bola daripada lontaran ke dalam, membuatkan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris tidak mampu membuat apa-apa.

    Tottenham gagal memanfaatkan peluang namun keadaan perlawanan berubah apabila Mohammed Salisu menjatuhkan Son Heung-min dalam kotak penalti sebelum separuh masa.

    Salisu dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua dan Harry Kane tidak membuat sebarang kesilapan untuk menyempurnakan sepakan penalti.

    Kane sekali lagi berjaya menyudahkan bola masuk ke gawang selepas menerima hantaran daripada Harry Winks namun jaringan tersebut dibatalkan kerana keputusan ofsaid.

    Tottenham sekali lagi menyaksikan gol mereka tidak diterima selepas penjaga gawang Southampton, Fraser Forster kehilangan bola setelah menerima asakan, dengan pengadil Anthony Taylor berkata penjaga gawang itu dikasari meskipun kelihatan tidak banyak sentuhan yang dilakukan.

    Pasukan tuan rumah berjaya bertahan untuk keseluruhan baki perlawanan namun Spurs dilihat gagal mencari sentuhan penyudah dan membuatkan pasukan berpangkalan di pantai selatan itu kecewa. – AFP

    Aksi Harry Kane membuat percubaan untuk menjaringkan gol buat pasukan semasa perlawanan menentang Southampton di Stadium St Mary’s, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...