Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    StanChart tingkat kesedaran mengenai ASD

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Demi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai gangguan spektrum autisme (ASD), Bank Standard Chartered (StanChart) telah menganjurkan ceramah kesedaran mengenainya di ibu pejabatnya, baru-baru ini.

    Ceramah dihadiri oleh 60 orang peserta termasuklah kakitangan bank berkenaan dan telah disampaikan oleh empat pakar jemputan yang terdiri daripada Pakar Perunding Kanak-kanak, Komuniti dan Psikologi Pendidikan dalam Psikologi Minda, Dr Hajah Nor Irlenwati; Pakar Perunding Jurupulih Bahasa Pertuturan dan Pakar Autisme Bertauliah, Kidz Discovery World, Dayang Wati binti Haji Bujang; Ahli Terapi Peker-jaan Utama di OT4Kids, Venessa Liew; dan Ahli Fisioterapi Utama, Infant Toddler Family Physiotherapy, Cheryl Keasberry.

    Secara amnya, mereka membincangkan tentang aspek autisme, diagnosis peringkat awal dan situasi yang dialami.

    Turut dijemput ialah beberapa agensi memperkasa komuniti berkeperluan khas terdiri daripada Persatuan La Vida Brunei Darussalam dan Pusat Pembelajaran Inklusif ISB.

    Pengerusi Kelab Rekreasi StanChart, Sharon Tan berkata, ceramah kesedaran berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk memupuk persefahaman lebih mendalam dalam kalangan kakitangan bank bahkan ia juga berpotensi memperkasakan penghidap autisme, ibu bapa atau penjaga, ahli keluarga, rakan-rakan dan golongan pendidik untuk mendapatkan terapi intervensi awal.

    Sesi ceramah berkenaan menampilkan enam orang pakar jemputan bagi mengongsikan mengenai ASD. – Gambar serahan StanChart
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...