Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Status Stephen Curry sertai playoff belum jelas

    SAN FRANCISCO, 13 APRIL – Status Stephen Curry untuk bermain di perlawanan pembukaan playoff untuk Golden State pada Sabtu ini menentang Denver masih tidak jelas kerana dia sedang dalam proses pemulihan ligamen akibat kecederaan di kaki kirinya.

    Penjaring terbanyak musim lalu itu telah menjalani latihan individu di gelanggang dalam beberapa hari kebelakangan ini dan boleh menjalankan latihan penuh bersama pasukan pada minggu ini.

    Pasukan Warriors berkata kelmarin bahawa dia akan kembali beraksi semula dan kemungkinan bermain pada hujung minggu ini belum dapat ditentukan dan ia akan dibuat berdasarkan kemajuan berterusannya.

    “Dia terus menjalankan latihan,” kata jurulatih Steve Kerr. “Ia benar-benar hari ke hari, jadi esok kami akan bertemu dengan ahli pasukan dan menyemak semula strategi kami, pelan permainan kami, berlatih pada sebelah petang dan kemudian setiap hari kami hanya akan menentukan sejauh mana Steph boleh melakukannya.”

    Sementara itu, mengenai kecederaan Curry, ia berlaku pada 16 Mac lalu di laman sendiri menentang Boston dan Golden State menang 6-6 tanpanya, mencari rentak permainan untuk memenangi lima perlawanan terakhir semasa musim biasa.

    Kerr berkata pasukannya akan berlatih pada Khamis, jadi itu boleh menjadi peluang pertama Curry untuk menguji kesihatan kakinya dalam aksi langsung jika dia sudah bersedia.

    Dia tidak akan bermain dalam perlawanan sehingga dia berada dalam latihan pasukan.

    Warriors menamatkan saingan 53-29 untuk mengesahkan pasukan pilihan ketiga di Western Conference tersebut. Mereka akan menjadi tuan rumah kepada Nuggets pada malam Sabtu nanti dalam perlawanan pertama bagi pusingan pertama di Chase Center. – AP

    Status penyertaan Stephen Curry untuk perlawanan pembukaan playoff bagi pasukan Golden State Warriors masih belum jelas disebabkan dia masih dalam proses pemulihan kakinya yang cedera. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...