Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Syarikat teknologi gergasi digesa tangani unsur keganasan

    SYDNEY, 18 MAC – Badan pemantau Internet Australia telah mengambil tindakan terhadap Google, X dan Meta dengan notis undang-undang pada Selasa, yang menuntut syarikat teknologi gergasi itu menjelaskan cara mereka mengekang ‘bahan yang mengandungi unsur-unsur keganasan.’

    Pesuruhjaya eSafety, Julie Inman Grant, berkata kandungan yang mengganggu, seperti video penembakan masjid 2019 di New Zealand, terus tersebar di platform media sosial.

    Notis telah dihantar kepada enam buah syarikat terdiri daripada Google, Meta, X, WhatsApp, Telegram dan Reddit yang kini mempunyai 49 hari untuk bertindak balas.

    “Bukan secara kebetulan kami telah memilih syarikat ini untuk menghantar notis kepada mereka kerana terdapat bukti bahawa perkhidmatan mereka dieksploitasi oleh pengganas dan pelampau,” kata Inman Grant.

    “Kami ingin tahu mengapa ini berlaku dan apa yang mereka perlu lakukan untuk menangani isu itu.”

    Australia telah menerajui usaha untuk memastikan gergasi teknologi itu bertanggungjawab terhadap apa yang disiarkan pengguna mereka dalam talian, di bawah ‘Akta Keselamatan Dalam Talian’ yang telah diluluskan pada tahun 2021.

    Inman Grant, yang juga bekas pekerja Twitter yang dijenamakan semula berkata, notis undang-undang itu akan membantu pengawal selia ‘meneiti secara terperinci terhadap apa yang mereka lakukan dan tidak lakukan”.

    Ini bukan merupakan kali pertama Australia menyasarkan gergasi teknologi itu, ia juga pernah mengeluarkan notis undang-undang serupa pada Februari yang meminta mereka menangani kandungan penderaan seksual kanak-kanak. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Pusat data pertama Google di Jerman semasa perasmiannya di Hanau dekat Frankfurt, Jerman, pada 6 Oktober 2023. Badan pemantau internet Australia telah mengambil tindakan terhadap teknologi gergasi seperti Google, X dan Meta dengan notis undang-undang yang menuntut langkah untuk mengekang bahan yang mengandungi unsur-unsur keganasan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...