Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tapak baharu CIQS Pagalungan dikenal pasti

    KOTA KINABALU, 14 MAC – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenal pasti tapak baharu bagi menggantikan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) sempadan Malaysia-Indonesia sedia ada di Pagalungan, Nabawan.

    Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata tapak tersebut yang berada dalam daerah sama akan dibangunkan bagi memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara.

    Selain Pagalungan, pintu masuk negara di Sabah juga terletak di Pulau Sebatik, Tawau dan Serudong di Kalabakan.

    “Saya ke (CIQS) Pagalungan, kawasan sana agak jauh….saya datang untuk melihat proses imigresen di sana dan dimaklumkan bahawa satu tapak untuk CIQS yang lebih sempurna telah dikenal pasti untuk pembangunan pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu JIM di kawasan setinggan sekitar Kota Kinabalu di sini hari ini.

    Khairul Dzaimee berkata beliau turut melawat pintu masuk di Pos Kawalan Imigresen Merapok-Sindumin dan Mengkalap, Sarawak bagi melihat persediaan sebelum pintu sempadan negara dibuka semula 1 April ini.

    Beliau berkata pembukaan semula sempadan negara itu akan membolehkan penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal mereka.

    Katanya seramai 850 PATI dari negara jiran terlibat dalam proses tersebut dan ujian saringan COVID-19 mereka akan dibiayai ahli keluarga masing-masing. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...